Doa pelindung diri dan keluarga

Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

 

Daripada Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Syeikh Syuaib : Hasan, Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya”

 

Petua Beramal:

  • Doa ini dibaca 3 kali di waktu pagi, insya-Allah sepanjang siang Allah s.w.t. selamatkan daripada sebarang kemudaratan. Jika dibaca 3 kali di waktu maghrib, insya-Allah sepanjang malam Allah s.w.t. selamatkan daripada sebarang kemudaratan.
  • Bila hendak pergi ke suatu tempat yang berisiko/merbahaya, tempat kerja, bermusafir, balik kampong, hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini 7 kali.
  • Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga 7 kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.
  • Lazimkan juga membaca surah al-Fatihah & ayat Kursi setiap kali selepas solat 5 waktu.

“…hanya padaMu sahajalah kami SEMBAH, dan hanya padaMu sahajalah kami mohon PERTOLONGAN” (Al-Fatihah, ayat 5)

 

~Saya copy dari blog orang lain jer, just nak share untuk kebaikan bersama. Semoga membawa manfaat yang baik-baik pada kalian semua.. ~

 

  1. Doa ini dibaca 3 kali di waktu pagi, insya-Allah sepanjang siang Allah s.w.t. selamatkan daripada sebarang kemudaratan. Jika dibaca 3 kali di waktu maghrib, insya-Allah sepanjang malam Allah s.w.t. selamatkan daripada sebarang kemudaratan.
  2. Bila hendak pergi ke suatu tempat yang berisiko/merbahaya, tempat kerja, bermusafir, balik kampong, hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini 7 kali.
  3. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga 7 kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.
  4. Lazimkan juga membaca surah al-Fatihah & ayat Kursi setiap kali selepas solat 5 waktu.

Tags: , , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Trauma ini terus menghantuiku :(

Minggu lepas, aku lalui pengalaman yang menakutkan sepanjang hidupku. Tak sangka akhirnya aku melalui saat2 ngeri itu. Sesuatu pengalaman yang tak mungkin aku dapat lupakan buat selamanya.

Peristiwa hitam itu buat aku hidup dalam ketakutan dimana saja aku berada. Aku tak sanggup untuk lalui pengalaman itu lagi.. Kini walau berada dalam rumah skali pun kau dibelenggu ketakutan dan rasa curiga. Kadang kala rasa stress dgn keadaan ini.

Kadang-kala si dia marah dengan keadaan ku yang terlalu takut tak tentu masa. Dia x suka tengok aku dalam ketakutan, tapi aku tak mampu nak sembunyi kan perasaan ini. Hanya Allah saja yang tahu, dan memahami segalanya-galanya.

Disaat aku menghitung hari menuju suatu peristiwa terindah kami, aku anggap inilah dugaan yang Allah memang tetap kan untuk aku.  Mahu atau tidak aku tetap harus laluinya.

Entahlah.. Hanya Allah saja yang tahu tentang setiap hikmah disebalik setiap kejadian. Aku masih lagi bersyukur kerana Allah masih selamatkan aku dari menjadi mangsa pada yang lebih dasyat.

~ Ya Allah, lindungi aku, lindungi keluarga ku, lindungi insan-insan kesayanganku daripada sebarang musibah dan bencana. Semoga segala yang kami rancangkan berjalan lancar dengan penuh keberkatan Mu.. Aminnn..~

 

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

4 cara agar si dia lebih terpikat

Amboihhhh.. siap bagi petua naa! haha. Ini bukan petua ok! ni tips yang Ross terjumpe kat Majalah.. haha. So sesiapa yang duk tengah try nak mengorat ataupun me’nakle’ seseorang tuh, meh baca tips ni. Tips ni sesuai untuk Lelaki ok!

 

1. Berbual penuh makna

Ada yang sanggup bergayut sepanjang malam untuk memberitahu bahawa diri mampu menjadi pengubat kesunyian. Namun masa berbual yang panjang sebenarnya tidak penting untuk memikat hati wanita, apa yang utama adalah perbualan yang penuh makna. Tidak mengapa walaupun ia hanya memakan masa 5 minit sahaja.

 

2. Kata-kata pujian

Memuji adalah satu cara menambat hati si dia. Sentiasa lah memuji hati pasangan dan mengembirakannya. Jika anda sentiasa memujinya, sudah tentu hatinya tertawan dan menyayangi anda.

 

3. Luangkan masa yang berkualiti

Wanita sentiasa ingin mengetahui bagaimana lelaki meluangkan masa untuk mereka. Mereka tidak mahu menanggung risiko memilih lelaki yang hanya tahu berseronok di luar dengan kawan-kawan, menghabiskan masa di kelab-kelab malam atau di kelab sukan dan sebagainya.

 

4. Berbicara hal lucu

Kisah lucu yang di ceritakan dengan selamba adalah satu penanda aras bahawa seorang lelaki itu memiliki nilai humor. Wanita percaya, lelaki yang pandai membuat cerita-cerita lucu adalah lelaki terbaik bukan saja untu mereka tetapi juga pasti di senangi oleh kawan-kawan.

 

To be continue.. HIHIHI :P

Tags: , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Welcome May 2012

Alhamdulillah…

Hari ni dah masuk 1hb May 2012, bulan yang dinantikan. Syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan daripada Allah untuk menikmati setiap detik hingga ke hari ini.

Actually bila tiba 1hb mesti happy, tak kira lah bulan apa pun sebab…. 1hb tu hari yang masyuuuukkkkk. Apa lagi gaji masukkk la, hihi Maka tebal la duit dalam bank kejap, tapi kejap je pun x sempat panas terus withdraw, withdraw dan terus withdraw… Tapi ape pun, ku bersyukur dgn seadanya… ALHAMDULILLAH… Hanya Allah yang tahu betapa ku syukuri segala nikmat yang DIA berikan. :)

Cuma bulan May 2012 ni bulan yang special bagi aku sebab ada sesuatu yang special jugak yang bakal ku tempuhi. HEHEHE Mana yang tahu apa dia yang special sgt tu harap maklum  jer lah hihi, yang tak tahu tu xper la x tahu x penting sgt pn hehee.

Alhamdulillah setakat hari ini segala persiapan berjalan lancar, segala barang-barang untuk nya dah siap shopping cuma tunggu untuk prepare kan je. Umi adalah insan yang paling gembira dengan majlis ini, dan aku memang tahu ini yang diharapkan dariku setelah sekian lama..

Ape pun, aku cuma harap segalanya berjalan dengan lancar.  Biarlah ia nya berlangsung dengan penuh keserdahanaan dan kesyukuran.. Agar diberkati oleh Allah S.W.T

 

~ YA ALLAH, Kau permudahkan lah segalanya.. Semoga segala urusan ku berjalan dengan lancar dan dipernuhi dengan keberkatan MU.. Aminnn ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

4 Jenis Perempuan Yang Akan Menjadi Penghuni Neraka (WAJIB BACA)

Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dalam kehidupan kita sama ada secara kita sedar ataupun secara tidak sedar. Dan sebaik-baik manusia ialah manusia yang segera berubah untuk memperbaiki kesilapan diri. Berikut adalah 4 jenis perempuan yang akan menjadi penghuni neraka.

1. Perempuan yang jahat mulutnya dan perbuatan atas suaminya.

Terlalu banyak komplen. Ada sahaja yang tidak kena.

” Abang ni pun satu, beli ikan kecil-kecil sangat. Belilah yang besar sikit. Susah nak siang. ” komplen Lisa pada Zack. Esoknya..

” Abang ni, beli ikan besar sangat, gelilah nak makan.” Komplen Lisa lagi. Ada sahaja yang tidak kena pada Zack, suaminya.

Suka memburuk2an suami dibelakang suami samada kpd ibu bapa, sedara mara atau kawan2nya.

Curang pada suami.

Ketika suami tiada di rumah kerana pergi kursus, balik kampung, maka si isteri mengambil peluang dengan membawa lelaki lain masuk ke dalam rumahnya. Si isteri membuat perkara haram atau bergayut atau berchatting dgn lelaki lain.

Menyakitkan hati suami dengan mengungkit segala kekurangan suami setiap hari.

” Sedarlah diri awak tu, kos perkahwinan pun saya yang keluarkan. Nak harapkan awak dan keluarga awak, tak merasalah hidup senang seperti sekarang ni tau.” sehingga suaminya tidak terkata apa-apa.
[...]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Istimewanya Insan Istimewa tu..

Semalam.. aku terlihat seorang insan yang sangat istimewa dari yang istimewa. Dia seorang insan kurang upaya. Dia insan keldil yang tiada kaki, ketinggian nya paras paha seorang insan normal.

Aku dapat rasai disebalik senyuman yang dilemparkan, terselit rasa rendah diri bila berhadapan dengan insan biasa dengan kekurangan yang ada. Mungkin tercalit sedikit kesedihan dengan kekurangan tu, namun pada aku insan-insan istimewa ini amat istimewa dan keistimewaan tiada pada insan normal.

~Gambar Hiasan~

Aku kagum lihat dia, walaupun dia tak sempurna seperti insan normal tapi dia cekal melalui kehidupan. Sebak hati ku bila memikirkan betapa bersyukurnya aku dilahirkan sebagai insan normal tanpa cacat cela..

Walaupun punya kekurangan dari segi fizikal, namun kebanyakkan mereka ini mempunyai akal fikiran yang bijak pandai. Mereka mampu belajar ke peringkat dengan kecekalan yang ada. Kecekalan dan ketabahan mereka harus menjadi contoh pada insan biasa untuk hidup penuh kesyukuran dengan segala yang Allah telah berikan…

Tags: , , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kursus Perkahwinan : Once in a life time

Hari pertama ~ 24 March 2012

Alhamdulillah, 24 & 25 March 2012 lalu aku dan si dia mengikuti satu kursus yang wajib dihadiri oleh bakal-bakal pengantin atau raja sehari iaitu Kursus Perkahwinan. Kursus perkahwinan dah jadi satu syarat untuk setiap pasangan yang ingin menamatkan zaman bujang kalau tak ada sijil kursus ni memang tak lengkap prosedur untuk berkahwin, tapi… yang hadir dalam kursus kahwin tersebut tak semestinya akan bernikah dalam masa terdekat. Ada yang 3bln lg, ada yg 6bln, setahun.. ada yang tak de tarikh lagi, adaaaa yang tak de calon pun lagi boleh pergi kursus kawin. Ambik awal-awal baguskan..

Kami berdua berkursus di Zura’s Academy, Bangsar. Antara pusat kursus perkahwinan terawal di KlangValley dan artis jugak ramai memilih pusat kursus ini antaranya, Ayu Raudhah, Nabil, Diana Rafar, Ramlah Ram, Esma Daniel, Ezani Nazarif, Ina Naim dan terbaru Awal Ashaari dan Scha Al Yahya.

Memang banyak ilmu timba dalam hal-hal rumahtangga + perkahwinan dan seumpamanya. Dan tak rugi kerana ternyata penceramah-ceramah yang terlibat adalah yang banyak pengalaman dalam bidang ini. Terdapat beberapa jenis module pembelajaran antaranya; Pernikahan, Ibadah, Aqidah, Kesihatan, Komunikasi, Penceraian dan lain-lain.



 

Kursus yang berlangsung 1hari setengah mengenakan bayaran RM80 seorang dan dikhabarkan tak lama lagi kursus perkahwinan akan dilanjutkan hari, module dan bayaran. Sijil kursus perkahwinan ini boleh diambil pada hari rabu iaitu 4hari selepas kursus berakhir.

P/s: Sapa yang rancang nak kawin baik p kursus kawin cepat-cepat sebelum segalanya menjadi semakin rumit. 1hari setengah pun dah kematu montot,kalau seminggu camne pulok?? HAHAHA

Tags: , , , , , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Best jugak suara Yana & Sam. So sweet



Tajuk Lagu : Begini Caranya

1st time dengar lagu ni di radio HotFm, tertanya-tanya sapa penyanyi ni suara macam kenal, lagu pun best… Macam sweet-sweet je match suara tuu..hehe

Rupanya dengar Dj cakap ni lagu terbaru, Yana Samsuddin dan Suheizy Sam. Waaa, mcm tak sangka diorang ni dah la pandai berlakon, menyanyi pun best..

Anyway, dapat dibayangkan wajah Sam yang cute tu ngah nyanyi lagu ni dengan Yana. Mesti comel sgt mereka ni hehee

Tags: , , , , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Antara kelebihan bernikah

Gambar hiasan : Perkahwinan my sis

 

 

Saat akad nikah~dapat PAHALA !
Suami peluk isteri~dapat PAHALA !
Cium isteri~dapat PAHALA !
Renung isteri~dapat PAHALA !
Suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA !
Suami bernafsu tengok isteri~PAHALA !
Suami pegang isteri ~PAHALA !
Suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA !
Suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA ! (nak Khabar bnyaknya pahala)
Suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA !
Suami setubuh isteri~PAHALA !
Main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA !
Mandi bersama-sama dengan isteri~PAHALA !

Masya Allah , SERONOKNYE, BANYAKNYA PAHALA!….:))

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Tips menangani pergaduhan dalam perhubungan

1- Tenangkan diri

Tips ini pada saya sangat penting. Jangan cepat sangat melenting tak tentu hala bila ada problem. Tak perlu nak tunjuk hebat siapa yang bersuara dulu akan menang or what. Forget it. Pada saya, kunci utama untuk buat kita dapat berfikir secara bijak adalah dengan tenangkan diri. As orang islam, istigfar banyak-banyak dalam hati. (Jangan pulak korang buat zikir angguk-angguk kepala depan partner.ahaks!)

2- Beralah

Tips  ini bukan semua orang boleh buat dan mampu buat. Depends pada orang tu jugak. For me, beralah ni adalah satu cara untuk psiko kan pasangan kita. Kalau kena caranya, boleh buat pasangan kita cair dan mudah-mudahan lembut balik hati dia kalau tengah marah.hohoho. Cuba lah!

3- Dengar luahan hati pasangan dengan penuh minat

Tips ini memang macam budak-budak sikit. Iya lah, nak kena dengar pulak kang setiap butir menda yang pasangan nak komplen. Ingat, tabahkan hati sebab silap-silap apa yang keluar daripada mulut dia tu boleh buat hati kita macam kena siat-siat. Tapi, cuba bersabar dan biarkan pasangan habiskan kata-kata. Tunjukkan yang korang prihatin juga dengan perasaan dia! Jangan jadi selfish.

4- Kawal diri

Kalau dah kata bergaduh, ada masa pasangan akan hilang pertimbangan. Mulalah nak buat adegan sumo lah, gusti lah. Kalau tak pun, ada masa mulut tak reti diam. Ada saja perkataan yang kurang enak dia nak sebutkan. Nak tunjuk protes. Ops, percayalah. Cara ni hanya buat keadaan jadi makin teruk. Lebih baik korang senyap dan kawal diri daripada buat or tunjukkan rasa marah korang tu! Bahaya woo

5- Belajar maafkan kesalahan

Tips ini siapa tak tahu, memang pasangan sengal lah. Rasanya semua agama ajar perkara yang sama tentang ini kan. Kta ni, bila hidup tak ada yang sempurna. Semua orang akan lakukan silap. Kalau masalah tu datangnya daripada pasangan korang, dan masalah tu hanya hal kecil..belajarlah untuk memaafkan! Itu lebih baik daripada korang terus nak berada dalam keadaan tegang tu. huhuhu. Lainlah kalau masalah tu susah korang nak maafkan sangat-sangat. Itu lain cerita!

[...]

Tags: , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
 Page 1 of 13  1  2  3  4  5 » ...  Last »